Cute Purple Rain drop BULAN TERANG: ANDA SEMUA ADALAH ISTIMEWA

Tuesday 6 December 2011

ANDA SEMUA ADALAH ISTIMEWA

Setiap daripada kite dilahirkan daripada rahim seorg ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jgn pernah lupa bahawa suatu ketika dulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, riang gembira oleh ayah dan ibu. Biarlah satu dunia membenci, ingatlah bahwa kita tetap istimewa. Oleh sebb itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yg harus disedari supaya kita tidak berasa lemah, itulah dia "WE ARE SPECIAL". Kita punya akal. Jika tidak, mustahil kita dapt membaca ape yg saya tuliskan ini. Akal adalah anugerah Allah yg tidak terhingga.Ia membezakan manusia dgn haiwan, juga tumbuh-tumbuhan. MANUSIA YG SERING MENGHINA DIRI SENDIRI DAN BERSIKAP LEMAH DIHADAPAN ORG LAIN SEBENRNYA SEDG BERSIFAT KUFUR DENGN NIKMAT ALLAH. Dia tidak tahu menghargai nikmat akal yg dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai. "AKU BODOH, MEREKA PANDAI....AKU LEMAH TAK PUNYA APA-APA, MEREKA HEBAT". Orang yg tidak tahu menghargai diri sendiri adalah org yg tidak tahu berterima kasih  dan bersyukur kepada ALLAH. Maka menyedari bahwa anda semua adalah istimewa, adalah jaln menuju syukur.

betapa indahnya alam ini...
Firman Allah:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalm bentuk yg sebaik baiknya(dan berkelangkapan sesuai dengan keadaanya). (At-Tiin:4)

Keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah, iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah dan menjatuhkan martabat kita di sisi-NYA.

Firman Allah:
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah rendah peringkat orang-orang yg rendah. (At-Tiin:5)


Apabila kita menyedari bahawa kita adalh istimewa, kita akan lebih bersyukur. Kesyukuran itulah yg membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada Allah. Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalm kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah. Kita tidak lagi merasa sedih dan lemah disisi manusia. Bahkan, itulah yg dikehendaki oleh Allah. Kesimpulannya, ada 1001 sebb yg boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa diri kita adalah ISTIMEWA...

 Jadi percayalah pada diri sendiri. Tetapkan ape yg kamu mahukan...Pasti kamu akan berjaya dalm hidup kamu....CHAYOK2x....

No comments:

Post a Comment